Ahad, 25 Mei 2014

AKTIVITI SEKOLAH: PERKHEMAHAN TKRS SK TABUT 2013

PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK TABUT 2013

                    Aktiviti ini dijalankan pada 14-15 November 2014. Aktiviti ini dijalankan di padang sekolah SK Tabut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyediakan khemah, Membuat gajet, "Burung Hantu", Unggun Api dan Persembahan berkumpulan dan Nyanyian Lagu TKRS.

Ahad, 4 Mei 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU: GAMBAR SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU: GAMBAR SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU: MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU: MAKLUMAT ASAS SEKOLAH: MAKLUMAT ASAS SEKOLAH AS865 / YBB2120 SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH LUBOK ANTU, 95900, LUBOK ANT...

AKTIVITI SEKOLAH (SK TABUT)



LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM ANTI DENGGI PIBG SK TABUT
                                                       


                    Pada 5 Mac 2014 iaitu hari Rabu telah dijalankan satu program bersama-sama Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tabut, Lubok Antu. Program yang dijalankan ini ialah Program Anti Denggi PIBG SK Tabut. Program ini telah dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Program ini telah dijalankan di sekitar perkarangan Sekolah Kebangsaan Tabut. Program Anti Denggi PIBG SK Tabut ini telah disertai seramai 26 orang ahli. Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan kerjasama daripada pihak sekolah dan PIBG SK Tabut. Jawatan Kuasa ini telah dipengerusikan oleh Tr. Karin Anak Bandang manakala Guru Besar SK Tabut juga berperanan sebagai penasihat di dalam program ini.


                    Program ini dimulakan dengan perjumpaan di Dewan Makan SK Tabut. Sebagai pembukaan acara Penolong Kanan 1  Sekolah Kebangsaan Tabut akan memberikan ucapan kata alu-aluan dan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru atas kesudian mereka untuk turut serta dalam program ini. Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan kata alu-aluan daripada YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Tabut iaitu En. Karin Anak Bandang. Beliau amat bebesar hati kerana dapat bersama-sama menyumbang tenaga dalam tenaga untuk menjayakan program ini. Malah beliau juga menyarankan kepada para ibu bapa yang terlibat pada hari ini hendaklah memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak pengurusan untuk menbantu membanteras denggi.


                    Program ini juga diteruskan lagi dengan pembahagian tugas oleh Setiausaha PIBG Sekolah iaitu Cik Barbara Sima Anak Innit. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir bersama-sama dengan pihak sekolah menjayakan program untuk membanteras denggi di sekolah. Antara skop tugas yang diterangkan oleh beliau adalah seperti berikut;


a)      Mengumpul sampah dan membuang takungan di sekitar kawasan sekolah.
b)      Menutup tempat pembuangan sampah sekolah yang lama.
c)      Memperbaiki sistem perparitan sekolah termasuk di sekeliling kediaman guru.
d)     Mengumpul dan membuang tin-tin kosong di sekitar kawasan sekolah.

                   
                    Para ibu bapa dan guru juga telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan juga dikehendaki untuk mendapat peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini di ruang stor sekolah. Nama ahli kumpulan dan skop tugas yang terlibat akan dilampirkan pada lampiran A.

                    Program ini harus dititikberatkan di sekolah kerana demam denggi ini boleh membawa maut kepada penduduk di sekolah terutamanya kepada murid disekolah. Semasa perjumpaan ini juga para ibu bapa telah diterangkan dengan sebaik-baiknya bagaimana demam denggi ini boleh berlaku. Pekara ini telah memberikan kesedaran sedikit sebanyak kepada para ibu bapa di sekolah. Secara tidak langsung, ini telah menyebabkan mereka sedar akan kepentingan membersihkan kawasan persekitaran untuk mengelakkan daripada pekara ini berlaku.

                    Pihak Sekolah amat berharap pada masa yang akan datang program ini akan diteruskan lagi perlaksanaannya secara berkala disekolah untuk memastikan bahawa sekolah bersih dan bebas daripada penyakit demam denggi. Malah sekolah juga amat berharap agar program ini turut diperluaskan ke kawasan setempat sekolah agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membanteras demam denggi



Disediakan oleh,
(BARBARA SIMA ANAK INNIT)
Setiausaha PIBG
SK Tabut.
959 00 Lubok Antu

AKTIVITI SEKOLAH (SK TABUT)


LAPORAN PROGRAM GURU PENYAYANG
 SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT

Program Guru Penyayang ini adalah satu Program yang dirancang oleh Jabatan Pendidikan di Lubok Antu bermula pada tahun 2013. Program ini dikelolakan oleh guru-guru di setiap sekolah mengikut jawatan kuasa yang telah ditetapkan di dalam sekolah.

Program ini dijalankan sepanjang tahun sesi persekolahan 2014. Program ini bertujuan untuk membantu memupuk nilai kasih sayang di antara pada guru dan murid-murid di sekolah. Malah, program ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk nilai hormat-menghormati murid terhadap para guru.

Melalui program ini, sekolah mampu mewujudkan satu persekitaran sekolah yang konduksif dan mesra dan ini secara tidak langsung mampu untuk menarik minat murid untuk bersemangat turun ke sekolah serta bersedia untuk menimba ilmu.
Malah program ini juga turut mewujudkan suasana “sekolah selamat” secara tidak langsung kerana segala pergerakan murid terutama pada waktu sebelum dan selepas persekolahan dipantau oleh para guru yang bertugas. Keselamatan murid di sekolah amatlah dititik beratkan memandangkan pada masa kini berlakunya kes-kes jenayah yang mensasarkan murid-murid sekolah sebagai mangsa kes jenayah.

Sepanjang bulan Mac ini, Program Guru Penyayang ini telah dijalankan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Tabut. Pihak Pentadbiran, Para Guru dan Ibu Bapa telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan aktiviti ini. Program Guru Penyayang ini, telah memberikan kesan yang mendalam terutamanya kepada murid Sekolah Kebangsaan Tabut ini. Pekara ini, turut dibuktikan dengan berlakunya peningkatan kehadiran murid ke sekolah dan asrama.

Murid juga semakin bersemangat untuk datang sekolah kerana mereka dibimbing dengan penuh kasih sayang oleh guru- guru Sekolah Kebangsaan Tabut. Oleh itu mereka berasa lebih yakin untuk datang ke sekolah untuk menimba ilmu. Program ini juga turut memberikan kesedaran kepada murid bahawa guru adalah seseorang yang penyayang dan mudah didekati. 

Malah, program guru penyayang ini juga telah membuka ruang kepada para guru di sekolah ini untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kehendak dan keperluan murid-murid yang pelbagai. Setiap murid lahir dengan latarbelakang sosio, ekonomi, persekitaran dan pengetahuan yang berbeza-beza. Oleh itu, setiap murid ini mempunyai cara belajar yang berbeza. Maka program guru penyayang ini telah bertindak sebagai satu medium untuk para guru untuk memahami murid masing-masing dan menyesuaikan cara pengajaran yang boleh diterima oleh murid masing-masing.

Malah melalui program ini juga secara tidak langsungnya, mendatangkan kesan yang positif kepada pencapaian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu murid berupaya menyuara dengan lantang kepada para guru jika mereka tidak memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru. maka guru akan mengambil tindakan yang seterusnya untuk membolehkan murid mereka memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Natijahnya, program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran disekolah. Secara tidak langsung juga, ini akan dapat meningkatkan pencapaian sekolah. Kesimpulanya, program ini telah memberikan banyak kesan positif kepada guru, sekolah dan juga murid.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program guru penyayang ini ialah guru menyambut kedatangan murid sebelum sesi persekolahan  bermula  iaitu guru bersalaman dengan murid pada pukul 7.00 pagi di hadapan bilik guru. pada masa ini juga guru akan memastikan pakaian dan penampilan murid adalah bersih dan kemas. Guru juga turut memastikan bahawa murid telah bersedia untuk belajar dengan memberikan kata-kata motivasi kepada murid.

Selain daripada itu, sepanjang program ini dijalankan guru juga berperanan untuk memberikan kata-kata motivasi kepada murid dan memberikan nasihat kepada murid untuk memupuk semangat kecintaan terhadap sekolah disamping mewujudkan suasana yang mesra dan kondusif agar murid sentiasa suka dan bersemangat untuk datang ke sekolah. Malah, guru juga berperanan dalam memberikan bimbingan kepada murid untuk membantu membentuk insane dan jati diri serta kemenjadian murid yang penuh dengan nilai-nilai murni dan berbudi pekerti mulia.

Antara aktiviti Program Guru Penyayang selepas waktu persekolahan juga, murid akan berbaris di hadapan guru dan bersalaman dengan guru untuk menghargai ilmu yang telah dicurahkan oleh guru. Murid juga turut meminta maaf kepada guru jika telah membuat kesalahan. Sepanjang program ini dijalankan juga, sekolah ini telah menerapkan budaya berterima kasih dimana murid akan mengucapkan terima kasih setiap kali selepas waktu pembelajaran dan pengajaran tamat dan menerima pemberian sesuatu daripada orang lain termasuk guru.

Program ini telah mendatangkan banyak kesan positif kepada sekolah. Hal ini turut dibuktikan dimana berlakunya peningkatan dari segi peratus kehadiran murid ke sekolah dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Oleh itu, sekolah kami amat menitik beratkan program ini dijalankan sepenuhnya pada setiap masa.

        Sekolah kami berharap pada masa yang akan datang program guru penyayang ini akan menjadi satu budaya yang kekal dan dapat membantu untuk membentuk kemenjadian murid dan melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek serta melahirkan murid yang penuh dengan nilai murni dan berbudi pekerti mulia yang akan mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Tabut.