Ahad, 4 Mei 2014

AKTIVITI SEKOLAH (SK TABUT)



LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM ANTI DENGGI PIBG SK TABUT
                                                       


                    Pada 5 Mac 2014 iaitu hari Rabu telah dijalankan satu program bersama-sama Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tabut, Lubok Antu. Program yang dijalankan ini ialah Program Anti Denggi PIBG SK Tabut. Program ini telah dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Program ini telah dijalankan di sekitar perkarangan Sekolah Kebangsaan Tabut. Program Anti Denggi PIBG SK Tabut ini telah disertai seramai 26 orang ahli. Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan kerjasama daripada pihak sekolah dan PIBG SK Tabut. Jawatan Kuasa ini telah dipengerusikan oleh Tr. Karin Anak Bandang manakala Guru Besar SK Tabut juga berperanan sebagai penasihat di dalam program ini.


                    Program ini dimulakan dengan perjumpaan di Dewan Makan SK Tabut. Sebagai pembukaan acara Penolong Kanan 1  Sekolah Kebangsaan Tabut akan memberikan ucapan kata alu-aluan dan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru atas kesudian mereka untuk turut serta dalam program ini. Kemudian, program ini diteruskan lagi dengan kata alu-aluan daripada YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Tabut iaitu En. Karin Anak Bandang. Beliau amat bebesar hati kerana dapat bersama-sama menyumbang tenaga dalam tenaga untuk menjayakan program ini. Malah beliau juga menyarankan kepada para ibu bapa yang terlibat pada hari ini hendaklah memberikan kerjasama yang penuh kepada pihak pengurusan untuk menbantu membanteras denggi.


                    Program ini juga diteruskan lagi dengan pembahagian tugas oleh Setiausaha PIBG Sekolah iaitu Cik Barbara Sima Anak Innit. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir bersama-sama dengan pihak sekolah menjayakan program untuk membanteras denggi di sekolah. Antara skop tugas yang diterangkan oleh beliau adalah seperti berikut;


a)      Mengumpul sampah dan membuang takungan di sekitar kawasan sekolah.
b)      Menutup tempat pembuangan sampah sekolah yang lama.
c)      Memperbaiki sistem perparitan sekolah termasuk di sekeliling kediaman guru.
d)     Mengumpul dan membuang tin-tin kosong di sekitar kawasan sekolah.

                   
                    Para ibu bapa dan guru juga telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan juga dikehendaki untuk mendapat peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini di ruang stor sekolah. Nama ahli kumpulan dan skop tugas yang terlibat akan dilampirkan pada lampiran A.

                    Program ini harus dititikberatkan di sekolah kerana demam denggi ini boleh membawa maut kepada penduduk di sekolah terutamanya kepada murid disekolah. Semasa perjumpaan ini juga para ibu bapa telah diterangkan dengan sebaik-baiknya bagaimana demam denggi ini boleh berlaku. Pekara ini telah memberikan kesedaran sedikit sebanyak kepada para ibu bapa di sekolah. Secara tidak langsung, ini telah menyebabkan mereka sedar akan kepentingan membersihkan kawasan persekitaran untuk mengelakkan daripada pekara ini berlaku.

                    Pihak Sekolah amat berharap pada masa yang akan datang program ini akan diteruskan lagi perlaksanaannya secara berkala disekolah untuk memastikan bahawa sekolah bersih dan bebas daripada penyakit demam denggi. Malah sekolah juga amat berharap agar program ini turut diperluaskan ke kawasan setempat sekolah agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membanteras demam denggi



Disediakan oleh,
(BARBARA SIMA ANAK INNIT)
Setiausaha PIBG
SK Tabut.
959 00 Lubok Antu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan