Ahad, 4 Mei 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT, LUBOK ANTU

SEJARAH SEKOLAH

         SK. Tabut, Lubok Antu telah dibina pada tahun 1959 di atas sebidang tanah yang diberi oleh mendiang Tr. Langkau ak Musa. Bangunan dua tingkat yang memuatkan dua bilik ditingkat atas dan dua buah bilik ditingkat bawah telah dibina oleh lima buah rumah panjang yang berdekatan iaitu rumah panjang Tabut, Memaloi, Kejemut, Tembong dan Tebarong. Perkakas atau alat binaan yang digunakan adalah dibeli daripada Simanggang Sawmill. Bangunan tersebut berlantaikan papan, berdinding dan beratapkan zink.

       SK.Tabut pada asalnya disebut dengan nama Tabut Full Primary School di bawah pengawasan Simanggang Local Authority Council. Guru Besar pertama ialah En. Adam ak Kalom dan dibantu oleh En. William Sentu dan En. DraupApabila sekolah dibuka pada 17 Januari 1960, sekolah telah mendaftarkan seramai 42 orang murid. Pada tahun 1960 sehingga penghujung tahun 2005 sekolah ini dibawah pengawasan Pejabat Pelajaran Gabungan Sri Aman dan pada tahun 2006 hingga kini sekolah ini diambil alih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan