LAPORAN PROGRAM GURU PENYAYANG
SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT
Program Guru Penyayang ini adalah satu Program yang
dirancang oleh Jabatan Pendidikan di Lubok Antu bermula pada tahun 2013.
Program ini dikelolakan oleh guru-guru di setiap sekolah mengikut jawatan kuasa
yang telah ditetapkan di dalam sekolah.
Program ini dijalankan sepanjang tahun sesi
persekolahan 2014. Program ini bertujuan untuk membantu memupuk nilai kasih
sayang di antara pada guru dan murid-murid di sekolah. Malah, program ini juga
merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk nilai hormat-menghormati murid
terhadap para guru.
Melalui program ini, sekolah mampu mewujudkan satu
persekitaran sekolah yang konduksif dan mesra dan ini secara tidak langsung
mampu untuk menarik minat murid untuk bersemangat turun ke sekolah serta
bersedia untuk menimba ilmu.
Malah program ini juga turut mewujudkan suasana “sekolah
selamat” secara tidak langsung kerana segala pergerakan murid terutama pada
waktu sebelum dan selepas persekolahan dipantau oleh para guru yang bertugas.
Keselamatan murid di sekolah amatlah dititik beratkan memandangkan pada masa
kini berlakunya kes-kes jenayah yang mensasarkan murid-murid sekolah sebagai
mangsa kes jenayah.
Sepanjang bulan Mac ini, Program Guru Penyayang ini
telah dijalankan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Tabut. Pihak Pentadbiran,
Para Guru dan Ibu Bapa telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan
aktiviti ini. Program Guru Penyayang ini, telah memberikan kesan yang mendalam
terutamanya kepada murid Sekolah Kebangsaan Tabut ini. Pekara ini, turut
dibuktikan dengan berlakunya peningkatan kehadiran murid ke sekolah dan asrama.
Murid juga semakin bersemangat untuk datang sekolah
kerana mereka dibimbing dengan penuh kasih sayang oleh guru- guru Sekolah
Kebangsaan Tabut. Oleh itu mereka berasa lebih yakin untuk datang ke sekolah
untuk menimba ilmu. Program ini juga turut memberikan kesedaran kepada murid bahawa
guru adalah seseorang yang penyayang dan mudah didekati.
Malah, program guru penyayang ini juga telah membuka
ruang kepada para guru di sekolah ini untuk memahami dengan lebih mendalam
tentang kehendak dan keperluan murid-murid yang pelbagai. Setiap murid lahir
dengan latarbelakang sosio, ekonomi, persekitaran dan pengetahuan yang
berbeza-beza. Oleh itu, setiap murid ini mempunyai cara belajar yang berbeza.
Maka program guru penyayang ini telah bertindak sebagai satu medium untuk para
guru untuk memahami murid masing-masing dan menyesuaikan cara pengajaran yang
boleh diterima oleh murid masing-masing.
Malah melalui program ini juga secara tidak
langsungnya, mendatangkan kesan yang positif kepada pencapaian murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu murid berupaya menyuara dengan lantang kepada
para guru jika mereka tidak memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh
guru. maka guru akan mengambil tindakan yang seterusnya untuk membolehkan murid
mereka memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Natijahnya, program ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran disekolah. Secara
tidak langsung juga, ini akan dapat meningkatkan pencapaian sekolah.
Kesimpulanya, program ini telah memberikan banyak kesan positif kepada guru,
sekolah dan juga murid.
Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa program
guru penyayang ini ialah guru menyambut kedatangan murid sebelum sesi
persekolahan bermula iaitu guru bersalaman dengan murid pada pukul
7.00 pagi di hadapan bilik guru. pada masa ini juga guru akan memastikan pakaian
dan penampilan murid adalah bersih dan kemas. Guru juga turut memastikan bahawa
murid telah bersedia untuk belajar dengan memberikan kata-kata motivasi kepada
murid.
Selain daripada itu, sepanjang program ini dijalankan
guru juga berperanan untuk memberikan kata-kata motivasi kepada murid dan
memberikan nasihat kepada murid untuk memupuk semangat kecintaan terhadap
sekolah disamping mewujudkan suasana yang mesra dan kondusif agar murid
sentiasa suka dan bersemangat untuk datang ke sekolah. Malah, guru juga
berperanan dalam memberikan bimbingan kepada murid untuk membantu membentuk
insane dan jati diri serta kemenjadian murid yang penuh dengan nilai-nilai
murni dan berbudi pekerti mulia.
Antara aktiviti Program Guru Penyayang selepas waktu
persekolahan juga, murid akan berbaris di hadapan guru dan bersalaman dengan
guru untuk menghargai ilmu yang telah dicurahkan oleh guru. Murid juga turut
meminta maaf kepada guru jika telah membuat kesalahan. Sepanjang program ini
dijalankan juga, sekolah ini telah menerapkan budaya berterima kasih dimana
murid akan mengucapkan terima kasih setiap kali selepas waktu pembelajaran dan
pengajaran tamat dan menerima pemberian sesuatu daripada orang lain termasuk
guru.
Program ini telah mendatangkan banyak kesan positif
kepada sekolah. Hal ini turut dibuktikan dimana berlakunya peningkatan dari
segi peratus kehadiran murid ke sekolah dan pencapaian murid dalam
pembelajaran. Oleh itu, sekolah kami amat menitik beratkan program ini
dijalankan sepenuhnya pada setiap masa.
Sekolah
kami berharap pada masa yang akan datang program guru penyayang ini akan
menjadi satu budaya yang kekal dan dapat membantu untuk membentuk kemenjadian
murid dan melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek serta melahirkan murid yang penuh dengan nilai murni dan berbudi
pekerti mulia yang akan mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Tabut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan