Ahad, 4 Mei 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT



SEKOLAH KEBANGSAAN TABUT

Sekolah Kebangsaan Tabut atau nama ringkasnya SK Tabut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lubok Antu. Sekolah ini boleh dilawati dengan menggunakan jalan air iaitu melalui anak sungai Skrang dari penempatan rumah panjang tebarung ataupun melalui jalan darat yang baru siap dibina pada bulan  Ogos 2013. Walaupun begitu, jalan darat ini belum siap dibina sepenuhnya kerana hanya menggunakan jalan berbatu dan bukan bertar. Laluan jalan darat ini ialah melalui perjalanan ke pekan betong, kemudian ke jalan Lidong dan akan melalui beberapa rumah panjang seperti rumah panjang tembong dan rumah panjang tabut.

Sekolah kebangsaan tabut ini juga merupakan sekolah berasrama. Murid- murid dari rumah panjang tabut dan rumah panjang tembong akan duduk asrama. Ini akan memudahkan perjalanan murid ke sekolah kerana murid-murid terutamanya daripada rumah panjang tembung harus tinggal di asrama kerana tempat tinggal mereka agak jauh dari sekolah.

Sekolah ini juga mempunyai kemudahan asas seperti air dan eletrik. Kemudahan air diperolehi daripada bawah tanah dan ditapis dahulu sebelum diagihkan kepada pengguna seperti di kuaters guru dan dewan makan murid. Kemudahan elektrik ini juga diperoleh daripada penjanaan kuasa “generator”. Kemudahan Elektrik ini diperoleh selama 24 jam sehari.

Sekolah ini juga mempunyai kemudahan fizikal seperti kuarters guru. Walaubagaimanapun kemudahan kuarters ini perlu diselenggara dari semasa ke semasa. Ini kerana bangunan lama seperti dewan makan murid telah diubah suai menjadi kuarters guru. kebanyakan bahan binaan yang digunakan untuk dewan makan adalah kurang selamat kerana lantai papan dewan makan tersebut telah rapuh dimakan anai-anai. Selain daripada itu, sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti Jalur Lebar One Bestari Net untuk memudahkan urusan guru secara online.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tabut mempunyai 10 murid lelaki dan 11 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 21 orang. Sekolah ini juga mempunyai guru seramai 10 orang. Kini pada tahun 2013, Sekolah Kebangsaan Tabut ini mempunyai murid seramai 19 orang iaitu 11 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Pada tahun ini juga sekolah ini mempunyai 12 orang guru dan 6 orang kakitangan awam yang turut sama mengembleng tenaga menguruskan sekolah.

Pada tahun 2013, pucuk pimpinan  Sekolah ini, telah diterajui oleh En Buang Bin Mat Aris sebagai Guru Besar, EN Glanggang Anak Ngadan sebagai Penolong Kanan 1, Pn Edah Anak Ambo sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En Mathew Bidin sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Walaubagaimanapun, En Mathew Bidin akan menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2014 dan bercuti panjang bermula daripada 1 januari 2014. Pihak sekolah amat menghargai jasa beliau atas perkhidmatanya yang cemerlang bagi Sekolah Kebangsaan Tabut ini.

Diharapkan pada masa yang akan datang pencapaian sekolah ini akan terus cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum dengan kerjasama daripada semua pihak demi meningkatkan pencapaian dan mengharumkan nama sekolah diperingkat kebangsaan dan dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan